Sejarah Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Sebelum tahun1940an
• Ianya bermula dengan idea penggunaan mesin mengira ABAKUS dalam
tamaddun Mesir dan China.
• Dikembangkan lagi oleh John Napier, ahli matematik bangsa Scot dengan
mereka alat mengira moden diberi nama logaritma yang boleh
menghitung darab dan bahagi dengan mudah.
• 1617 , Napier menghasilkan alat baru dipanggil; Napier's Bones yang
mengira dengan menggunakan jadual data.
• 1642, Blaise Pascal seorang ahli matematik Perancis mencipta mesen
penghitung digital pertama. Ia dapat mengira dua angka dengan cepat
serta tepat. Ia merupakan asas keepada penciptaan alat mengira atau
kalkulator masa kini.
• 1671, seorang ahli matematik German bernama G.W. Leibnitz mencipta
alat mengira yang lebih baik . Ianya menggunakan sistem binari dan
dapat melakukan semua aktiviti arithmatik.
• Penggunaan sistem binari merupakan asas penting dalam rekacipta
komputer hari ini.
• 1812, seorang professor matematik di Universiti Cambridge yang
bernama Charle Babbage mencipta alat yang dipanggil differeence
engine yang berjaya melakukan kerja-kerja penjadualan trigonometri dan
dikatakan berupayaan melakukan kerja sehingga 20 digit. Ia juga berjaya
mengeluarkan output cetakan.
• 1835, C. Babbage mencipta alat baru diberi nama Analytical Engine yang
mempunyai Unit-unit kawalan, arithmatik, ingatan unit storan dan output.
Unit storan mengandungi 50 penghitung dan berupayaan menyimpan
1000 nombor yang setiap satu mengandungi 50 digit.
• Inputnya terdiri dari tiga jenis kad tebuk.
• George Boole telah mereka litar-litar logik seperti litar AND, OR dan NOT.
Beliau telah mengemukakan satu simbol algebra betul dan salah dan ini
telah digunakan dalam reka bentuk komputer moden.
• Ciptaan awal komputer merupakan satu mesin besar dan berat dengan
fungsi operasi yang terhad.
• Makmal Telefon Bell telah mempelopori mesin-mesin elektromekanikal
dipanggil computer relay (1940) dan berupaya menjalankan operasi ke
atas nombor-nombor kompleks.
• 1937, Howard Aiken dari Universiti Harvard berjaya mereka satu mesin
yang berupaya menjalankan operasi ke atas urutan arithmatik secara
automatik.
Selepas tahun 1940an
• 1944, Syarikat IBM dan Howard berkerjasama mengujudkan Kalkulator
Urutan Terkawal Automatik dikenali dengan Mark 1.
• Saiz Mark 1 ialah 15.5 meter panjang, 2.44 meter tinggi, 760,000
bahagian, berat 5 tan dan pendawaian sepanjang 926 KM, 72 penumpuk
dan 60 set suis untuk pengawalan data.
• Mark 1 berupaya menjalankan operasi campur, tolak, darab dan bahagi
disamping beberapa fungsi trigonomentri.
• Penggunaan secara mekanika adalah sangat lambat dan terbatas.
Dengan terciptanya tiub hampagas (Vacuum Tube ), maka beroperasi
komputer lebih pantas beribu kali ganda. Penggunaan tiub vakum yang
pertama pada tahun 1942.
• 1943, Komputer colossus telah dicipta oleh British Code and Cipher
School , Buckinghamshire, England dengan kelajuan 5000 aksara
sesaat. Ianya bertujuan menganalisa maklumat Kerajaan German ketika
perang dunia kedua. Output komputer di atas ialah mesin taip elektrik.
• 1945, J.P. Eckert dan J.W. Mmaunchly dari Universiti Pennsylvania
mencipta komputer digital serba elektronik serba guna ( Electronic
Numerical Integrator and Calculator – ENIAC). Memproses data 1000 kali
lebih cepat dari mark 1. Mesin digunakan untuk program tembakan
meriam pasukan tentera Amerika. Berat 30 tan, perlukan lokasi seluas
139.95 meter persegi dan berhawa dingin. Mempunyai 19,000 tiub
vakum. Berkhidmat sehingga 1955.
• 1946, UNIVAC 1 dicipta. Merupakan komputer perniagaan pertama
dipasarkan.
• 1952, EDVAC ( Electronic Discrete Variable Computer ) dicipta juga oleh
Eckert dan Mauchly. Ia berkonsepkan program terstor. Ia menggunakan
sistem perduaan untuk operasi arithmatik dan arahan operasi distor
dalam bentuk digital dalam ingatannya.
• 1953, IBM memasang komputer pertama diberi nama IBM 701 dan
seterusnya IBM 650 yang sangat popular ketika itu. Ia mempunyai
beberapa bahagian iaitu Input, Output Unit Konsol dan Unit Bekalan
Kuasa.
• Komputer-komputer di atas dipanggil komputer generasi pertama.
Komputer Generasi Kedua
• Bermula 1959, dipasangkan dengan transistor dan dengan ini saiz fizikal
serta tenaga yang digunakan semakin kecil. Ianya menjadi semakin
cekap dan berpotensi tinggi.
• Ianya dimulakan dalam perdagangan. Transistor untuk operasi arithmatik,
teras magnet untuk ingatan, Pita magnet dan cakera adalah untuk media
storan. Masa operasi telah menjadi singkat, contohnya untuk mendarab
dua angka 10 digit mengambil masa hanya 1 uS (mikro saat).
• Antara komputer yang terkenal ialah IBM 1620 dan IBM 1401.
Komputer Generasi Ketiga ( 1964 – 1980an)
• 1971, Dr. Ted Hoff dari Inttel Corporation telah mengembangkan
mikroprosesor Inttel 4004.
• 1975, Ethernet dikembangkan di Xerox PARC ( Palo Alto Research
Center ) oleh Robert Metcalfe. Ethernet merupakan Local Areal Network
(LAN) pertama.
• 1976, Steve Wozniak dan Steve Jobs telah membina komputer Appel
pertama.
• 1979, Pengaturcaraan Visicalc telah diperkenalkan oleh Bob Frankston
dan Dan Bricklin.
• 1980, Bill Gates iaitu pelopor Microsoft coporation telah diberi peluang
oleh IBM untuk membina sistem pengoparasian MS DOS.
Komputer Generasi Keempat (1980 – kini)
• 1984, IBM memperkenalkan komputer peribadi PC AT, yang
menggunakan mikroprosesor Intel 80286. Apple pula memperkenalkan
komputer Macintosh.
• 1987, beberapa komputer peribadi menggunakan mikroprosesor
berkuasa Intel 80386.
• 1989, Intel 486 telah menjadi 1,000,000 pertama mikroprosesor transistor.
Ia telah mengkompres 1,2 juta transistor pada satu silikon perak
berukuran .4”X.6” dan memberi arahan pada 15 MIPS (juta arahan
sesaat).
• 1990, Microsoft telah mengeluarkan Windoews 3.0, versi yang lebih maju
daripada Windows yang pertama kali diperkenal pada 1985.
• 1991, World Wide Web Standards telah dikeluarkan yang menjelaskan
framework untuk menghubung dokumen pada komputer yang berlainan. 1- 5
Rajah 1.1 :
Personal Digital
Assistant (PDA)
Rajah 1.2 : Komputer dalam Pendidikan
• 1993, Sistem komputer menggunakan mikroprosesor Pantium
diperkenalkan oleh beberapa buah syarikat. Chip Pantium adalah
kesinambungan kepada mikroprosesor Inttel 486.
• 1993, Browser Mosaic Graphical Wed diwujudkan oleh Marc Andreesen
Kejayaan ini membawa kepada penubuhan Netscape Comunications
Corporation.
• 1995, Mikroprosesor Pentium Pro mula dipasarkan oleh Inttel.
• 1997, Inttel memasarkan Mikroprosesor Pantium II yang kepantasannya
tiga hingga empat kali lebih daripada Pantium Pro.
• 1998, Mikrosoft mengeluarkan Windows 98 bersama Active Desktop
suatu peningkatan kepada Windows 95.
• 2000, Mikrosoft mengeluarkan Windows Me bersama Active Destop
No comments:
Post a Comment