Monday 28 November 2011

Sejarah Teknologi Maklumat dan Komunikasi


Sebelum tahun1940an
• Ianya bermula dengan idea penggunaan mesin mengira ABAKUS dalam
  tamaddun Mesir dan China.
• Dikembangkan lagi oleh John Napier, ahli matematik bangsa Scot dengan
  mereka alat mengira moden   diberi nama logaritma yang boleh
  menghitung darab  dan bahagi dengan mudah.
• 1617 , Napier menghasilkan alat baru dipanggil; Napier's Bones yang
  mengira dengan menggunakan jadual data.
• 1642, Blaise Pascal seorang ahli matematik Perancis mencipta mesen
  penghitung  digital pertama. Ia dapat mengira  dua angka  dengan cepat
  serta tepat. Ia merupakan asas keepada penciptaan alat mengira  atau
  kalkulator masa kini.
• 1671, seorang ahli matematik German bernama G.W. Leibnitz mencipta
   alat mengira yang lebih baik . Ianya menggunakan sistem binari dan
   dapat melakukan semua aktiviti arithmatik.
• Penggunaan sistem binari merupakan asas penting dalam rekacipta
   komputer hari ini.
• 1812, seorang professor matematik di Universiti Cambridge yang
   bernama Charle Babbage mencipta alat yang dipanggil differeence
   engine yang berjaya melakukan kerja-kerja penjadualan trigonometri dan
   dikatakan berupayaan melakukan kerja sehingga 20 digit. Ia juga berjaya
   mengeluarkan output cetakan.


• 1835, C. Babbage mencipta alat baru diberi nama Analytical Engine yang
  mempunyai Unit-unit kawalan, arithmatik, ingatan unit storan dan output. 
  Unit storan mengandungi 50 penghitung  dan berupayaan menyimpan
  1000 nombor yang setiap satu mengandungi 50 digit.
• Inputnya terdiri dari tiga jenis kad tebuk.
• George Boole telah mereka litar-litar logik seperti litar AND, OR dan NOT.
   Beliau telah  mengemukakan satu simbol algebra betul dan salah dan ini
  telah digunakan dalam reka bentuk komputer moden.
• Ciptaan awal komputer merupakan satu mesin besar dan berat dengan
   fungsi operasi yang terhad.
• Makmal Telefon Bell telah mempelopori mesin-mesin elektromekanikal
  dipanggil computer relay (1940)  dan berupaya menjalankan operasi ke
  atas nombor-nombor kompleks.
• 1937, Howard Aiken dari Universiti Harvard berjaya mereka satu mesin
  yang berupaya menjalankan operasi ke atas urutan arithmatik secara
   automatik. 

Selepas tahun 1940an
• 1944, Syarikat IBM dan Howard berkerjasama mengujudkan Kalkulator
  Urutan Terkawal Automatik dikenali dengan Mark 1.
• Saiz Mark 1 ialah 15.5 meter panjang, 2.44 meter tinggi, 760,000
  bahagian, berat 5 tan dan pendawaian sepanjang  926 KM, 72 penumpuk
  dan 60 set suis untuk pengawalan data.                        
• Mark 1 berupaya menjalankan operasi campur, tolak, darab dan bahagi
  disamping beberapa fungsi trigonomentri.
• Penggunaan secara mekanika adalah sangat lambat dan terbatas.
  Dengan terciptanya tiub hampagas (Vacuum Tube ), maka beroperasi
  komputer lebih pantas beribu kali ganda. Penggunaan tiub vakum yang
  pertama pada tahun 1942.
• 1943, Komputer colossus telah dicipta oleh British Code and Cipher
  School , Buckinghamshire, England  dengan kelajuan 5000 aksara
  sesaat. Ianya bertujuan menganalisa maklumat  Kerajaan German ketika
  perang dunia kedua. Output komputer di atas ialah mesin taip elektrik.
• 1945,  J.P. Eckert dan J.W. Mmaunchly dari Universiti Pennsylvania
  mencipta komputer digital serba  elektronik serba guna ( Electronic
  Numerical Integrator and Calculator – ENIAC). Memproses data 1000 kali
  lebih cepat dari mark 1. Mesin digunakan untuk program tembakan
  meriam pasukan tentera Amerika. Berat 30 tan, perlukan lokasi seluas
  139.95 meter persegi dan berhawa dingin. Mempunyai 19,000 tiub
  vakum. Berkhidmat sehingga 1955.
• 1946, UNIVAC 1 dicipta. Merupakan komputer perniagaan pertama
  dipasarkan.
• 1952, EDVAC ( Electronic Discrete Variable Computer ) dicipta juga oleh
  Eckert dan Mauchly. Ia berkonsepkan program terstor. Ia menggunakan
  sistem perduaan untuk operasi arithmatik dan arahan operasi distor
  dalam bentuk digital dalam ingatannya.
• 1953, IBM memasang komputer pertama diberi nama IBM 701 dan
  seterusnya IBM 650 yang sangat popular ketika itu. Ia mempunyai
  beberapa bahagian iaitu Input, Output Unit Konsol dan Unit Bekalan
  Kuasa.
• Komputer-komputer di atas dipanggil komputer generasi pertama.  

Komputer Generasi Kedua
• Bermula 1959, dipasangkan dengan transistor dan dengan ini saiz fizikal
  serta  tenaga yang digunakan semakin kecil. Ianya menjadi semakin
  cekap dan berpotensi tinggi.
• Ianya dimulakan dalam perdagangan. Transistor untuk operasi arithmatik,
  teras magnet untuk ingatan, Pita magnet dan cakera adalah untuk media
  storan. Masa operasi telah menjadi singkat, contohnya untuk mendarab
  dua angka 10 digit  mengambil masa hanya 1 uS (mikro saat).
• Antara komputer yang terkenal ialah IBM 1620 dan IBM 1401.

Komputer Generasi Ketiga ( 1964 – 1980an)
• 1971, Dr. Ted Hoff dari Inttel Corporation telah mengembangkan
  mikroprosesor Inttel 4004.
• 1975, Ethernet dikembangkan di Xerox PARC ( Palo Alto Research
  Center ) oleh Robert Metcalfe. Ethernet merupakan Local Areal Network
  (LAN) pertama.
• 1976, Steve Wozniak dan Steve Jobs telah membina komputer Appel
   pertama.
• 1979, Pengaturcaraan Visicalc telah diperkenalkan oleh Bob Frankston
  dan Dan Bricklin.
• 1980, Bill Gates iaitu pelopor Microsoft coporation telah diberi peluang
  oleh IBM untuk membina sistem pengoparasian MS DOS. 


Komputer Generasi Keempat (1980 – kini)
• 1984, IBM memperkenalkan komputer peribadi PC AT,  yang
  menggunakan mikroprosesor Intel 80286. Apple pula memperkenalkan
  komputer Macintosh.
• 1987, beberapa komputer peribadi menggunakan mikroprosesor
  berkuasa Intel 80386.
• 1989, Intel 486 telah menjadi 1,000,000 pertama mikroprosesor transistor.
  Ia telah mengkompres 1,2 juta  transistor pada satu silikon perak
  berukuran .4”X.6” dan memberi arahan pada 15 MIPS (juta arahan
  sesaat).
• 1990, Microsoft telah mengeluarkan Windoews 3.0, versi yang lebih maju
  daripada Windows yang pertama kali diperkenal pada 1985.
• 1991, World Wide Web Standards telah dikeluarkan yang menjelaskan
  framework untuk menghubung dokumen pada komputer yang berlainan. 1- 5
  Rajah 1.1 :
  Personal Digital
  Assistant (PDA)
  Rajah 1.2 : Komputer dalam Pendidikan
• 1993, Sistem komputer menggunakan mikroprosesor Pantium
  diperkenalkan oleh beberapa buah syarikat. Chip Pantium adalah
  kesinambungan kepada mikroprosesor Inttel 486.
• 1993, Browser Mosaic Graphical Wed diwujudkan oleh Marc Andreesen
  Kejayaan ini membawa kepada penubuhan Netscape Comunications
  Corporation.
• 1995, Mikroprosesor Pentium Pro mula dipasarkan oleh Inttel.
• 1997, Inttel memasarkan Mikroprosesor Pantium II yang kepantasannya
  tiga hingga empat kali lebih daripada Pantium Pro.
• 1998, Mikrosoft mengeluarkan Windows 98 bersama Active Desktop
  suatu peningkatan kepada Windows 95.
• 2000, Mikrosoft mengeluarkan Windows Me bersama Active Destop


No comments:

Post a Comment